SMK Durian Mas

My photo
Dungun, Terengganu, Malaysia
1984 - 2023 (39 years)

MISI, VISI DAN MOTTO

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MOTTO

Bersatu, Berilmu , Maju

Friday, February 1, 2013

SEJARAH SEKOLAH

1983 Dua blok bangunan 2 tingkat siap dibina di tapak sebuah bukit di Bandar AMBS yang menenmpatkan blok pentadbiran dan bilik darjah



1984 Sekolah ini telah digunakan dengan resminya dan nama yang dicanangkan ialah SMK Durian Mas, bersempena dengan sebatang pokok durian yang mengeluarkan isi kuning keemasan yang menjadi kesukaan ramai . Enrolmen pelajar pada masa itu hanyalah 83 orang, Pengetua pertama ialah En,Abdullah b Ali dan jawatan ini beliau sandang sehingga tahun 1986.



1986 En Mohd Shah bin Johan mula bertugas sebagai pengetua dan berkhidmat di sini sehingga 1987. Buat pertama kali, kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan SRP. PIBG sekolah mula ditubuhkan dan YDP pertama ialah En Abdullah bin Mamam, Pegawai ladang ESPEK dan jawatan ini beliau sandang sehingga tahun 1989.



1987 -1988 En Mustafa bin Muntejemiah telah dipertanggungjawabkan sebagai pengetua sekolah ini sehingga tahun 1989. Akibat pengstrukturan perjawatan beliau telah bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.



1989 En Che Omar bin Abdullah telah dilantik sebagai pengetua keempat. Beliau bertugas di sekolah ini sehingga tahun 1996. YDP PIBG pada masa itu ialah En Mokhtar bin Yusoff.



1990 Enrolmen pelajar telah meningkat kepada 210 orang.



1992 Satu blok baru telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar. En Wan Yusof, pegawai Ladang Gajah Mati telah dipilih sebagai YDP PIBG ke 3 dan jawatan ini disandang oleh beliau sehingga tahun 1995.



1993. Dua blok bangunan asrama telah dibina bagi menampung pelajar yang tinggal di kawasan sekitar. Bangunan ini mula didiami pada tahun 1994.



1994. Dmas telah dinaikkan taraf sebagai sekolah Gred A oleh JPNT dan KPM.



1996 En Abd Rahman bin Jusoh telah dilantik sebagai pengetua ke 5 dan bertugas sehingga tahun 1997. Sebuah surau telah dibina bagi menggerakkan aktivti keagamaan. Pada tahun ini En Hashin bin Muda telah dipilih sebagai YDP PIBG dan jawatan ini disandang sehingga 2002.



1998 Tn Hj Abdul Majid bin Hj Muda telah ditugaskan sebagai pengetua dan jawatan ini dipegang sehingga tahun 1999. Pada tahun ini satu blok bangunan 3 tingkat telah dibina bagi kegunaan makmal sekolah.



1999 En Ariffin bin Mohamad telah ditugaskan sebagai pengetua. Beliau berkesempatan berkhidmat selama 2 tahun sahaja di sini dan pada tahun 2002 telah bertukar ke SMK Seri Paka.



2003 Pn Sharifah Faridah bt Tuan Dalam telah ditugaskan untuk menanggung kerja tugas pengetua bermula Februari 2003 hingga 2004. YDP PIBG yang telah dipilih pada masa itu ialah En Mazuni bin Muda seorang pesara pegawai KETENGAH.



2004 Hjh Rokiah bt Hassan tugaskan sebagai pengetua di sekolah ini sehingga tahun 2007. SMK Durian Mas mula menawarkan aliran menengah atas iaitu tingkatan 6 dengan pembukaan 2 kelas tingkatan 6 aliran kemanusiaan. Di samping itu sekolah ini juga telah diberikan taraf PTJ. YDP PIBG pada masa ini ialah En Abd Aziz b Mohamad, Ketua Balai Bomba AMBS.


2008 Tn Hj Wan Osman bin Wan Ibrahim telah ditugaskan sebagai pengetua di SMK Durian Mas


2009 sambutan Perayaan JUBLI PERAK sempena 25 tahun penubuhannya.

2011 Tn Hj Wan Osman bin Wan Ibrahim bersara wajib pada 4 april 2011 setelah memimpin smkdm selama hampir 4 tahun.

21 jun 2011 Pn Hajjah Norizan Bt Abd Kadir melaporkan diri bertugas sebagai Pengetua SMK Durian Mas yang Ke 11 dan berkhidmat di sMK durian mas selama 6 bulan sahaja.


2013 - Puan Hajjah Rosmani Binti Besar memikul tanggungjawab sebagai pengetua SMK Durian mas dan bertukar ke SMK KPJ pada 11 november 2014


2015 - Cikgu Md Nasir bin Haron daripada SMK bukit Besi Menjadi Pengetua SMKDM yang baru... Selamat Datang!!




No comments:

Post a Comment