SMK Durian Mas

My photo
Dungun, Terengganu, Malaysia
1984 - 2023 (39 years)

MISI, VISI DAN MOTTO

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MOTTO

Bersatu, Berilmu , Maju

Monday, February 10, 2020

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah 2020

Selesai sudah acara pelantikan pemimpin dan pengawas sekolah bagi tahun 2020 Smk Durian Mas. Program ini amat penting dalam meningkatkan jati diri ke arah melahirkan pengawas yang cemerlang dalam semua aspek termasuk jasmani, rohani, intelek dan sosial.

Seramai 267 orang pelajar telah dilantik dalam majlis ini.
    Persatuan Tingkatan 6    :  21 orang
    Pengawas Asrama            :  27 orang
    Pengawas Sekolah            :  78 orang
    Pengawas Pusat Sumber : 31 orang
    Pengawas Koperasi          :  7 orang
    Pengawas SPBT                 :  12 orang
    Pengawas PRS                    : 27 orang
    Ketua & pen. Ketua kelas : 64 orang

Ketua pengawas sekolah : Mohd Akmal bin Adenan

Penolong ketua pengawas : Nur Iffah Insyirah binti Ismail

Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas









Semoga dengan pelantikan ini, akan menjadikan semua murid yang menerima watikah, menjadi lebih bermotivasi dalam melakukan tugas masing2 dengan penuh rasa tanggungjawab.

Thursday, January 30, 2020

Kembara tokoh pelukis negara Ismail Embong (Maembong)

Smk Durian Mas berasa amat bertuah menerima kehadiran seorang tokoh pelukis negara yang terkenal pada 28 januari 2020 yang lalu. En Ismail Embong atau lebih dikenali sebagai Maembong merupakan anak kelahiran bukit besi dan sedang dalam siri jelajah II pantai timur.

Beliau membuat lawatan selama 3 jam ke sekolah sekolah yang terpilih, dan dalam sesi lawatan nya, para pelajar diberi peluang untuk melihat hasil lukisan nya, dan belajar teknik melukis secara mudah.

 Seluruh warga Smk Durian Mas amat gembira di beri kesempatan untuk melihat secara dekat hasil lukisan pelukis sohor di Malaysia ini. Lawatan ini memberi pendedahan yang sangat bermakna terutamanya kepada calon Spm subjek pendidikan seni visual.


















Tuesday, January 21, 2020

Temuduga jawatan Ketua Pengawas Smk Durian Mas

Badan Pengawas Smk Durian Mas tahun 2020 yang diketuai oleh cikgu Masrul Hasdi melangkah semakin mantap dalam mendepani pendidikan globalisasi dengan mengadakan sesi undian di kalangan guru2 dalam memilih calon Ketua Pengawas Smk Durian Mas bagi sesi 2020.

Hasil dari undian para guru, dua calon pelajar telah terpilih untuk memegang jawatan tersebut. Pemilihan terakhir kemudiannya adalah atas budi bicara tuan pengetua Smk Durian Mas, cikgu Md Nasir bin Haron berdasarkan resume dan pembentangan yang akan di lakukan oleh kedua2 calon tersebut.

Hari ini bertarikh 21 januari 2020, kedua dua calon melalui sesi temuduga dan temu bual serta sesi taklimat berkaitan bentuk resume dan pembentangan yang perlu mereka sediakan di hadapan pengetua nanti. Calon yang bakal di pilih oleh pengetua akan menjadi Ketua Pengawas Smk Durian Mas yang baru, manakala yang tidak berjaya akan menjadi penolong ketua pengawas Smk Durian Mas. Semoga berjaya buat kedua dua nya.




Sunday, January 19, 2020

Bootcamp BALAS dan Tingkatan 5 Smk Durian Mas


Seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 Smk Durian Mas telah menyertai program Bootcamp BALAS (Buat Apa Lepas Spm) .

Program  ini adalah anjuran Yayasan Suara Wanita (YASNITA)  dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) & Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)



Program ini ditaja Oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan telah di jalankan pada

           Tarikh  :  17-19 Jan 2020
           Tempat :  Kolej KETENGAH, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu

Antara perkara penting yang disampaikan di dalam  kem ini adalah perancangan selepas Spm dan pemilihan bidang yang bersesuaian selepas Spm.

Selain itu, ada juga jawapan bagi persoalan:

Ingin lanjutkan pelajaran tetapi tak tahu nak pilih bidang apa dan kolej mana❓

Rasa tak nak sambung belajar lepas SPM❓

Nak dapatkan semangat baru selepas peperiksaan SPM❓

Program ini sangat bermanfaat terutama untuk calon-calon yang baru menduduki peperiksaan SPM 2019 dan tengah tercari-cari arah tuju pendidikan dan kerjaya.

 Para peserta juga dibimbing untuk :
✅ Bina Keyakinan dan Ketrampilan Diri Anda
✅ Kenal Minat Kerjaya Anda
✅ Maklumat Melanjutkan Pelajaran ke IPT / Institusi TVET
✅ Cara membuat permohonan melanjutkan pelajaran
✅ Prospek Kerjaya Masa Depan









Semoga program ini dapat memberi impak dan semangat positif kepada para pelajar dan semua peserta yang menyertainya.


Saturday, January 18, 2020

Kejohanan Merentas Desa tahun 2020 Smk Durian Mas

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah selesai dijalankan pada khamis 16 januari 2020. Rumah sukan meranti telah berjaya meraih gelaran juara dalam kejohanan merentas desa tahun ini. Tahniah di ucapkan kepada pasukan rumah meranti.